Monday, May 18, 2009

Live dari Penang (Edisi ke2)

Salam...

Ada edisi eyh...? Cam best je kan.. Hiks... Ye la.. Sementara masih di Penang, boleh la gunakan edisi sbb peristiwa ni berlaku semasa Pea masih berada di Penang.

Semalam, 17 Mei 2009, 6pm, Jusco AEON Seberang Prai - Tengah Pea berjalan² melihat² barang(window shopping), Pea terdengar seorang ibu memanggil nama anaknya. Muka dia kelihatan takut sambil menangis. Dia kehilangan anaknya! Pea dapat agak dari cara dia memanggil dan mencari. Dia kelihatan gelabah. Mana tak gelabah. Anak hilang beb! Pea tataw apa kesudahan cerita dia. Sbb Pea bukan jenis orang yg suka sibuk² hal orang lain. Apa yg Pea nmpk, guard setakat tengok. Tataw la kenapa. Mebi sbb mereka pon tergamam melihat si ibu tu begitu. Pea sendiri tergamam melihat dia gelabah sambil menangis.

Actually, sampai hari ni masih terasa perasaan tergamam tuh. Sbb, cuba bayangkan jadik kat diri sendiri. Mesti gelabah gila la. Dan mesti sedih gila. Ishk... Jgn la jadik perkara tu kat Pea atau kat semua kenalan Pea. Minta dijauhkan la.

Perkara ni berlaku sbb kelalaian dan kecuaian kita jugak sebenarnya. 1st, kita dok ralit ngan benda lain sampai kita terlupa yg kita sebenarnya membawa anak atau adik bersama². 2nd, kita dah pesan kat anak atau adik supaya duk diam dan jgn pergi ke tempat lain, dok ngan kita saja. Tp korang sedar tak yg kanak² ni mana reti nak duk diam. Dia mesti akan ke tempat lain kalau dia nmpk sesuatu yg menarik perhatian dia. Oleh itu, keep ur eye on them! Sbb bila dah jadi mcm ibu yg Pea jumpa smlm tu, sapa nak jawab? Sapa nak tolong kalau anak tu tak dijumpai?

Yerp. Bercakap mmg senang. Buat pon senang je sebenarnya. If u really love them, u will not let them go alone anywhere... Atau korang takkan lepaskan tangan anak² tu. Just letak je dlm troli. Atau...Tak payah bawak. Duk umah je. Abis cite. Hmm... Sori la kalau ada sapa² tersinggung. Tp benda ni kan ke dah diberi peringatan. Dalam TV ada. Radio ada. Surat khabar pon ada. Then, nak salahkan sapa lagi kalau jadik peristiwa yang tak di ingini tu?

Orait la... Done for now...
Wassalam...

No comments:

Post a Comment

Thanks for the comment.