Saturday, October 17, 2009

Ahli baru...


Salam....
Ni nak cerita pasal ahli baru dalam keluarga Pea... Cucu sulung mak ngan ayah pea. Puteri kepada adik Pea. Yerp my sister punya anak... Kenapa? Ada masalah? Huhu... Comel kan... Kawai desu ne...

Nur Syaza Amirah Binti Kamarulzaman


Saturday, October 10, 2009

Little One

Lirik lagu kedua:

~Cromok : The Little One Lyrics~

(sam)
It's fate that bring us here
We're not the one to blame
There lies a little fear
There lay a litter shame
You're not alone
But everybody's gone
No one there to see your tears
This pain in your mind
Can't leave behind
What's more could happen to me
A few second to leave
We're not allow to breath
You really made us see
How true cruelty is
I'm trapped outside
No shelter no pride
I've done nothing can you see
You're not afraid to lie
I'm not afraid to die
Yes it's a deal
In the darkness of the day
Somewhere anywhere i stood still
You'll hear the rest will say
Someone has to pay the bill
Forgive me now
I'll change somehow
There's nothing no one can say
You'll suffer till the end
There's time to amend
On your knees you'll pray

Orait! Back to work cik pea... ;")

Saya Kembali!!!

Assalamualaikum...

Rindu rasanya tak melepaskan perasaan kat sini... Bukan tak sudi dah. Tapi tak berkesempatan. Hari ni walaupun kerje berlambak2, tp still nak lepaskan rasa hati kat sini... Rindu lah katakan.. Huk! Banyak bende nak dilepaskan sebenarnya. Tp xde idea sbb terlalu byk kerja. Pea nak letak lirik lagu yg menjadi lagu kegemaran 'seseorang'. Bukan apa. Sebenarnya nak ingatkan diri tuk tuka lirik lagu ni kepada Bahasa. Sape2 yang baik hati meh la tolong yea. ;')

Lirik lagu pertama:-

~Danger of Love by Loudness~

You live the life
Of a stranger
You try to hide
From yourself
But now you're
Living in danger
Of loving
Somebody else

In the broken
Silence of your cries
You make it easy to see
You're a prisoner
Lost in your disguise
And that's why
You'll always be ...

(Chorus)
Stranger in danger ... lookout
In danger of love
Stranger in danger ... lookout
In danger of love

Nobody knows
You're in trouble
That's why you
Came to this place
And this masquerade
Is just your way
Of hiding tears
On your face

Before you
Let it go too far
You've got to
Tear down the wall
And the mask I see
Is telling me
You ran away from it all ...

(Chorus)

Tuesday, July 14, 2009

Yummy!

Salam...

Beberapa hari (sebenarnya beberapa minggu) yang lepas, kawan sekerja Pea belanja makan cupcakes. Sgt sgt best sbb cupcakes nya sgt sgt cumel! + sedap juga. Hiks... Thanks sgt yea Farha. Love ya! Cupcakes tu betul2 buat Pea rasa ceria. Kat sini Pea nak tunjuk betapa cumel dan ceria nya cupcake tersebut. (Pls do not jealous yeah...) Foto sebelum dan selepas. Ngehehe...

1



2




3
Itu lah kesudahan cerita dalam post kali ni. Sgt best. Kan? nGEhehe... Ok2 la... Best pada Pea jer. Sbb Pea yg dpt makan cupcake cumel + ceria tuh. Kawan Pea order cupcake tu kat blog. So, kalau korang rasa nak order jugak silalah ke laman blog tersebut di moonsweetgarden.blogspot.com. Takkan menyesal punya la.
p/s : Farha... Thanks a lot sbb ingat kat akak. Nnt2 beri la lagi yea... Sayang dia! wink!

Monday, June 22, 2009

Peringatan~

Salam...

Entri ni untuk sapa2 yg selalu beri alasan untuk tidak melakukan apa2 yg patut dilakukan. (Termasuklah Pea sendirik) ;'p Tujuannya sebagai peringatan supaya tak malas. nGeh!




Gambar tu dah lama Pea nak buat. Tp mcm asik terlupa jer. Then kali ni mmg buat terus sebelum terlupa lagi dan lagi dan lagi. Hiks! Tp gambar ni tak lawa mana. Sbb Pea hanya gunakan Paint kat computer tuh jer. Nnt2 Pea akan buat lagi dgn menggunakan aplikasi yg berbeza.



p/s: Ada sapa2 yg terasa? ;"p

north -> south...

Salam...

Hui hei.... Dari utara ke selatan.... Bunyik cam best. Tp... Mmg best la kot... Cumanya, penat jek la. Yerp2... Baru je beberapa hari lepas Pea balek dari Penang. Skang, Pea kene ulang alik ke Pagoh lak. Apa nak buat. KERJA. Phew~ Pea tak kesah sebenarnya. Sbb at least dapat jumpa memember yg ada kat tpt yg Pea kene p. Kira leh mengeratkan hubungan silaturrahim la gak. Tak la nnt dikata sombong. Atau berlagak atau dituduh kita buat2 lost contact dgn kawan2 kita tuh. Heh! (Pea dah dituduh begitu. Sbb tu selamba type sebegitu.) Seb bek la Pea neh penyabar, pemalu merangkap org yg bersopan santun. Kalau tak, dah lama org yg menuduh tu disekeh2 kepalanya. nGEee...
Owh... Yer lah! (Muncul idea jahat) Nnt nak amek gambar org2 di selatan itu. Dan akan diletakkan di sini. Biar glamer sket. Muahahaha! (Gelak jahat)
Penat maseh belum habis ni. Tp tak rasa nak merehatkan diri. Sbb banyak kerja me'lambai'2 tu. Oh tolong! Ada sapa2 nak tolong hilangkan penat Pea ni x? Meh la tolong. Uhuk uhuk...
p/s: Rasanya, Pea pon perlu rendamkan kaki dlm air panas + lavender. Petua mcm dlm post sebelum neh (tuk hilangkan lelah kaki + sakit kepala). Ada sapa2 nak tolong masakkan air tuk Pea tak? ;')

Saturday, June 13, 2009

It's shower time!

Salam...

Hye, entri kali ni Pea nak kongsi ilmu yg Pea dapat dr emel (from my dad). My dad selalu sent kat Pea email2 yg berguna. Contohnya mcm info yg Pea nak share ngan org yg membaca kat sini. (InsyaAllah berguna). Seperti yg tertera pd tajuk entri Pea : Mandi!


**KAJIAN berkaitan dengan mandi mendapati ia mampu menjauhkan stress serta berperanan penting dlm meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Tp jangan amalkan mandi malam sbb ia tak baik untuk kesihatan. Waktu yang baik untuk mandi adalah pada waktu subuh.

*Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama 30minit berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

*Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

*Mengeluarkan racun: Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

*Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

*Jangkitan kulit : Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

*Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannyaselama 10 hingga 20 minit.

*Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Ja ne~ Wassalam...

p/s: Hope dapat membantu sesiapa yg memerlukan bantuan dlm menghadapi masalah2 seperti yg dinyatakan di atas.

Friday, June 12, 2009

Live from Penang - Edisi terakhir

Salam....

Yerp... Terakhir sbb Pea dah settlekan keje kat sini. Seronok la gak dapat balek semula ke tpt asal tp ada perasaan berat tuk tinggalkan Bukit Mertajam ni. Berat hati nak tinggalkan student2 Pea yg da dianggap mcm adik sendiri. Dorang pon sedih gak Cik dorang ni nak meninggalkan tpt dorang. Mcm2 alasan dorang bagi supaya Pea tak balek tpt asal. Huhu... Tp dah tuntutan tugas, mana leh suka2 je kan... Pea siap ckp kat dorang kalau dorang sanggup byr gaji kat Pea kalau Pea stay sana, mmg Pea akan stay. Tp...mana dorang nak cekau duit nak bayar gaji Pea ye dak... Huhu...

Mmg byk sgt kenangan kat Bukit Mertajam ni. Walau penat keje sampai malam, still rasa terhibur sbb telatah dan gelagat student buat Pea rasa terhibur. Sbb tu Pea tak kesah sgt. Tp yang paling best, Pea dpt jumpa best friend Pea kat sana. Akhirnya jumpa gak setelah sekian lama... Huhu... Sonok! Both of you mmg best dan sesuai... Thanks sbb layan Pea elok yea Encik Alim dan Cik Ca'a... InsyaAllah ada jodoh kita nnt, kita akan jumpa lg. Bukan tanak singgah. Tp masa sangat mencemburui kita. nGeh!

Dan satu yang paling wat Pea terkilan, tak ada bukti bergambar Pea berada di sana. Rugi sgt2. Kalau la Pea ada kamera sendiri(mula la pasang azam nak kumpul duit dan beli kamera... Tp tade la sampai nak beli SLR...Huhu)... Pemandangan pon best. Ishk... Rugi2... Xpe la... Mana taw satu hari nnt Pea akan kembali ke sana... Dan masa tu dah ada kamera sendiri, mmg Pea pulun habis amik gambaq! Balas dendam namanya... Hiks...

Orait la... Sampai sini je tuk kali ni... Tata Bukit Mertajam... Hello Petaling Jaya... nGeh!

p/s: sonok sbb dapat ramai kenalan baru yg best! ;')

Monday, May 18, 2009

Live dari Penang (Edisi ke2)

Salam...

Ada edisi eyh...? Cam best je kan.. Hiks... Ye la.. Sementara masih di Penang, boleh la gunakan edisi sbb peristiwa ni berlaku semasa Pea masih berada di Penang.

Semalam, 17 Mei 2009, 6pm, Jusco AEON Seberang Prai - Tengah Pea berjalan² melihat² barang(window shopping), Pea terdengar seorang ibu memanggil nama anaknya. Muka dia kelihatan takut sambil menangis. Dia kehilangan anaknya! Pea dapat agak dari cara dia memanggil dan mencari. Dia kelihatan gelabah. Mana tak gelabah. Anak hilang beb! Pea tataw apa kesudahan cerita dia. Sbb Pea bukan jenis orang yg suka sibuk² hal orang lain. Apa yg Pea nmpk, guard setakat tengok. Tataw la kenapa. Mebi sbb mereka pon tergamam melihat si ibu tu begitu. Pea sendiri tergamam melihat dia gelabah sambil menangis.

Actually, sampai hari ni masih terasa perasaan tergamam tuh. Sbb, cuba bayangkan jadik kat diri sendiri. Mesti gelabah gila la. Dan mesti sedih gila. Ishk... Jgn la jadik perkara tu kat Pea atau kat semua kenalan Pea. Minta dijauhkan la.

Perkara ni berlaku sbb kelalaian dan kecuaian kita jugak sebenarnya. 1st, kita dok ralit ngan benda lain sampai kita terlupa yg kita sebenarnya membawa anak atau adik bersama². 2nd, kita dah pesan kat anak atau adik supaya duk diam dan jgn pergi ke tempat lain, dok ngan kita saja. Tp korang sedar tak yg kanak² ni mana reti nak duk diam. Dia mesti akan ke tempat lain kalau dia nmpk sesuatu yg menarik perhatian dia. Oleh itu, keep ur eye on them! Sbb bila dah jadi mcm ibu yg Pea jumpa smlm tu, sapa nak jawab? Sapa nak tolong kalau anak tu tak dijumpai?

Yerp. Bercakap mmg senang. Buat pon senang je sebenarnya. If u really love them, u will not let them go alone anywhere... Atau korang takkan lepaskan tangan anak² tu. Just letak je dlm troli. Atau...Tak payah bawak. Duk umah je. Abis cite. Hmm... Sori la kalau ada sapa² tersinggung. Tp benda ni kan ke dah diberi peringatan. Dalam TV ada. Radio ada. Surat khabar pon ada. Then, nak salahkan sapa lagi kalau jadik peristiwa yang tak di ingini tu?

Orait la... Done for now...
Wassalam...

Thursday, May 14, 2009

Live dari Bukit Mertajam


Salam....
Setelah 5 hari berada di sini, barulah Pea ada masa untuk post entry dalam blog ni. Phew! Sibuk dan penat sgt². Ni pon keje berlambak lagi. Mana tak nya...Sambung kerja orang laen yang terbengkalai, mestilah berlambak kerja. Tp hopefully $ dalam akaun bulan ni pon berlambak la gak. Erm.. Nak tanya pasal elaun atau gaji kat bos segan plak. Ishk... Pea selalu dimarahi oarng² terdekat sbb segan nak tanya pasal gaji kat bos. Eh eh... Tataw ka I ni pemalu... Huhu...Tp apa pon mmg nak kena tanya kat bos neh.
Haish~ Cheq pon da jadik orang Penang la dok kat sini... nGEhehe... Huish... Best dok sini. Seb bek oghang kat sini bebaik semua. (Setakat ni la.) :") Harapnya sampai Pea abis keja kat sini la depa semua ni bebaek ngan Pea... Amin~ Tp tu la... Nak carik tpt makan best pon tak berkesempatan lagi... Nnt ajak oghang Penang carik tpt makan best. Bila tanya kat student, semua suggest byk tpt. Tp cheq tataw jalan. Nak bawak depa masalah pulak nnt. Xpa...Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Ya dak...? Huhu...

Suasana luar IKBN BM


Orait la... Nak sambung wat keja...

p/s: Ujie : Chicken Rice Shop kat sini tak best la plak... Buat Pea tak rasa angau nak makan kat restoran tuh lagi... Huhu...
Wish I have my own camera... Phew~

Adios~

Saturday, May 2, 2009

Jom ber'movie marathon'!

Salam...

Semalam adalah hari 'Public holiday'. Maka Pea pon ber'public holiday' gak la. So, plan smlm telan dirancang beberapa hari sebelum hari semalam. Plannya adalah menonton wayang. Mcm biasa je kan...? Tp kali ni nak wat yg lebih dari biasa. Pea ber'movie marathon' bersama Ujie (anda maken comel jie.) ;') Ya...Ya..Saya maken kurus. Apa nak buat...Huhu...

So, seawal jam 9pg Pea dah menunggu kedatangan bas untuk ke Mid Valley. (Punya semangat nak ber'movie marathon'!.) Maka awal la sampainya kat Mid Valley. Masa beli tiket tu rasa mcm pelik plak sbb tgk apsal tak ramai orang ni. Owh...Rupanya masa tu awal lagik. Baru kul 10pg rasanya. (Mcm jakun sket sbb tak penah p tonton wayang seawal pagi itu! Huhu...)

Cerita yg ditonton adalah cerita X-Men Origins: Wolverine dan juga He's Just Not That Into You (tersasul gak la lidah nak menyebut title movie ni masa nak beli tiket. Agak termalu la gak sekejap). Owh! Kedua² cerita adalah sangat best! Walaupun ending cerita pertama agak kurang best tp the whole story is still best. Cerita yg kedua plak agak slow dan menyebabkan beberapa penonton keluar dari panggung. (Hey! Still best taw cite dia.) Pea baru taw (setelah dicerita oleh Ujie) yg cerita kedua adalah diadaptasi dari novel dengan tajuk yg sama. Itu keadaan biasa bg pembikin cerita di sana.


Owh! Saya suka cerita ini!


Ini versi novel


Ini versi filem nya.

Selepas habis ber'movie marathon', kami ke bahagian bawah Mid Valley untuk menjamu selera. Habis semua restoran kami jenguk² akhirnya Chicken Rice Shop menarik minat kami untuk makan untuk kali kedua (makan kali pertama adalah sebelum menonton wayang). Owh! Jie! Saya dah jatuh chenta sama makanan di situ! Mcm terangau² je. Almaklum la...1st time. Sadis! Huhu...

By the way, sonok tau aktiviti ber'movie marathon' ni. Walaupun agak beku sbb tak bawak sweater(dan jual mahal atas pelawaan Ujie tuk berkongsi selimut). Tp still sonok sbb terlari² untuk ke panggung seterusnya sbb takut tak sempat. Hehe... Eh jie... Jom ber'movie marathon' lagik! 3 movie plak... Amacam? Ehee...

Tuesday, April 21, 2009

Kebetulan...

Pea dikejar someone yg tak dikenali dgn niat utk membunuh Pea. Urrgghh...Nightmare! Hate nightmare! Sape la yg ske nightmare kan...Phew~ Tp tu la. Mimpi adalah mainan tidur termasuklah nightmare. Maksug Pea, lebih² lagi nightmare. Tp kadang² mimpi boleh membawa petanda dlm hidup seseorang tu. Percaya ataupun tak, ia tetap mimpi yg kadang² boleh menghantui kita sampai seminggu atau berminggu². Kalau mimpi yg sweet² tu ok la jugak. Huhu...

Jumaat lepas Pea balek kg. Niat nak cuti sampai ahad je. Sekali sampai Selasa beb! Huhu... Reason utama balek kg adalah sbb dah berminggu² Pea tak balek. Dan yang utama adalah nak jumpa anak buah yg tersayang. Sbb dia pon dah rindu kat mak ngah dia ni. Huhu... Mmg sonok la balek dapat maen² ngan dia. Dapat sakat² dia. Kalau takde dia mesti bosan gila.

Hmm...Pea dpt MC 2 hari! Demam + selsema beb. Sbb tu la sampai Selasa cutinya. Huhu... Nasib baek la balek kg. Ada gak yg jaga time demam ni. Naseb baek oke... Sebab kalau ada kat PJ skang ni mesti bosan gila. Silap² haribulan mesti Pea pegi keje sbb bosan. Huhu...

Ok la...Sebenarnya Pea ada byk lagi gambar dari illustrator yg Pea nak uploadkan. Tp lack of time. Takpe... Akan di upload jugak nnt. Hope u can comment about the picture that I made using illustrator.

Ok then...Till next post. Chow... Owh...Before that...Wish me cepat sembuh oke... Wink!

Monday, April 13, 2009

I maid made this picture using Illustrator. Of coz la tracing kan... Coz I still in the phase of learning using the Illustrator...

Saturday, April 11, 2009

Online Shopping

Hye Hye...

I'm in the mood of online shopping. Just bought a novel from the BlogShop in my Fav BlogShop listed here. Really makes me happy...

Owh...I also window shopping online! Huhu... It fun... Same thing like u window shopping in the real world. The different is u don't have to walk! But still u will feel tired. Of course la ur eyes kan... Coz u focus ur eyes at the item in the BlogShop. :')

U can also shopping online or just window shopping online. But u have to careful with this shopping online thing. Coz sometimes its not safe to shop online. Involved trustworthy(is that the right word?)...

Oke... If u want to do like what i did... Just click at the link that i've listed in my Fav BlogShop. They're really cool BlogShop. If u also have fav BlogShop, tell me coz i want to make a link here.

Wink!

Friday, March 27, 2009

Zionis kah?

Salam...
Pea nak utarakan isu boikot makanan segera keluaran negara barat. Antara makanan segera keluaran barat ni: McDonald, KFC, Pizza Hut, Burger King, dan yang sama waktu dengannya(sebenarnya Pea blur nak letak nama brand apa lagik). Lgpon, nama² brand ni adalah yg famous kat sini.

Ok... Skang ni, isu peperangan di Gaza masih belum reda walaupun dah agak kurang di media (tak mcm dulu...hari² ada beritanya), but still kita masih lagi memboikot barangan dan makanan segera dari negara barat.

Tp yg Pea nmpk skang ni...Orang nak memboikot dah berkurangan. Well, terpulang pada hak masing² kan... Same la mcm Pea... Bila rasa nk masuk kedai² yg Pea nyatakan tadi tu terasa mcm kejam lak kat rakyat negara belah sana. Tp bila tetiba ada yang belanja makanan brand begitu takkan nak tolak kan...? Kan ada pepatah rezeki jgn ditolak. Musuh jgn dicari. nGEeee!

Pea ada denga cerita kawan² yang mengatakan ada McDonald(cawangan mana Pea tak ingat) letak banner kat luar kedai mengatakan mereka takde kene mengena ngan apa yang diwar²kan. (Kiranya takde kene mengene ngan pembelian senjata bg pihak amerika la tu).. Huhuhu... Skang ni pon da byk offer² kat kedai² makan mcm tu. Kira mampu tuk makan hari² la kat kedai tu. (Marketing planning. Fuh!)

Ntah la... Pendapat orang laen². Orang pon ada hak masing². So, terpulanglah. Jgn la pandang serong pada orang yg makan kat kedai². Tak baik pandang negatif pada orang. Huhu...

Tuesday, March 24, 2009

Chenta Pengangkutan Awam Malaysia!

nGeh!
Yerp.... Mmg chenta sama pengangkutan awam (PA) kat malaysia ni... sbb most of the time I use public transportation. The reason I use the PA are:-

1st - easy.
2nd - save a lot of time. (But hey...It only save ur time when the transport is on time)
3rd - cheaper than using own transportation. (If I have my own car, I wont drive it to work. Becoz I have to pay for the parking, and also for the petrol. But if I use bus, I only pay RM1 for the whole day!)

Tp...yg buat Pea geram ngan PA neh adalah bila selalu tak ikut masa. Kadang cepat dan kadang amat lah lambat. Kadang bila lambat tuh sampai berderet² PA nyer. (As for me the bus lah.) Pea amat suka kalau dapat naik bas dengan pemandu bas yg berhemah. Sbb mereka ni memikirkan penumpang. Amat salute pada mereka. Wink! Oke. Itu adalah berkenaan dgn PA.

Skang cite pasal penumpang lak.Huh! Angin tul kalau penumpang tuh tade perasaan bertimbang rasa. Even sedikit pon. Phew~ Kadang tuh nak naek bas, dah beratur dah, but then Pea ditolak! Huh! Oke fine u can tolak² me. Its ok. Phew~ After Pea kene tolak of coz la muka tak manis kan? Huhu... Gasak situ... Sapa suh maen tolak²? Ingat nak naek bas p sekolah ke apa.
Lagi satu hal ngan penumpang yg tak reti nak masuk ke dalam sket even dah kene marah² ngan pemandu bas or penumpang laen. Ceh... Orang laen pon nak naek gak, so sila la bertimbang rasa. Pelik betul Pea apsal la mereka ni tak bertimbang rasa padahal byr tiket bas sama je harganya. Fuh~

Ok lah. Cukup lah membebel pasal ni. Wat muak je rasa... Fuh~ Apa² pon...Cintailah pengangkutan awam yea...
;'p

Sekian~

Nota kaki: Maaf lah bercampur² bahasa. ;')

Friday, March 20, 2009

Bukan minah bunga oke!

Salam...

Semalam berborak dengan kawan baru tentang nama sweetpea. Macam² yang dia tanya. But then pea malas nak jawab, pea suh dia tanya pakcik Google je. Maka dia pon browse dan jumpa la mcm² info ttg sweetpea ni. Dan kemudian tawu la dia. Erm...Lupa plak nak tanya apa makna nama dia. Haish tak aci neh. Harus ditanya ni. Fuh~

Berbalik semula pada cerita td. Meh Pea cerita serba sedikit asal usul nama sweetpea neh. Ceritanya bermula masa pea nak carik satu nama tuk nickname untuk berchatting. (Ehem! Masa tuh baru abis blaja and tgh gila nak berchatting. Harap maklum sbb kebanyakkan orang begitu oke. ;p) Masa tuh mmg takde idea nak guna nama apa. But then berborak ngan pakcik Google ttg nama bunga. Browse punya browse punya browse maka terberkenan lak ngan satu bunga ni. Then tgk nama dia cam best lak. And rasa² cam sesuai je ngan tuan punye badan. (Ngeh!) Maka nama itu pon digunakan lah sampai sekarang. Dah dalam 4 - 5 tahun rasanya guna nama ni. Pea sediakan serba sedikit maklumat ttg bunga sweetpea tu k.

Sweetpea - a flowering plant in the genus Lathyrus in the family Fabaceae (legumes), native to the eastern Mediterranean region from Sicily east to Crete. It is an annual climbing plant, growing to a height of 1-2 m where suitable support is available. The leaves are pinnate with two leaflets and a terminal tendril, this twining round supporting plants to help it climb. The flowers are purple, 2-3.5 cm broad, in the wild plant, larger and very variable in colour in the many cultivars. Unlike most peas, the seeds of the sweet pea are poisonous as they contain several toxins that prevent the cross linking of collagen by inhibiting lysyl oxidase. Because of these toxins, ingestion of sweet peas by humans or livestock may lead to a disease known as odoratism, or sweet pea lathyrism. Symptoms are similar to those of scurvy and copper deficiency, which share the common feature of inhibiting proper formation of collagen fibrils. (Taken from wikipedia.)

Oke. Itu makna dan asal usul sweetpea. Lepas ni personaliti yg diwakili oleh orang yg minat ngan bunga sweetpea ni.

Common name : Sweetpea
Meaning : Delicate pleasure

(Taken from http://www.flowerparade.ca )


Tuesday, March 17, 2009

Hey~

Hey kamu...
Mana kamu menghilang...?
Kadang² ku keliru sama ada kamu benar² wujud... Atau kamu hanya sekadar imaginasi ku...
Mana mungkin kamu sekadar imaginasi...
Bukti yang menunjukkan kamu wujud ada pada ku...
Namun jika benar kamu wujud...
Dimana lah kamu...?
Amat payah untuk ku menjejak kamu...

Payah?
Barangkali aku tidak berusaha bersungguh...
Ya!
Memang aku tidak berusaha!
Aku sekadar menanti...
Menanti dan terus menanti...
Namun sampai bila...?
Aku pun tak pasti sampai bila...
Namun satu yang aku pasti...
Aku penanti yang setia...
~sigh~

Hey kamu...
Tolonglah menjelma...
Aku merayu...
Kerna jika kamu menjelma...
Hari² ku akan menjadi lebih ceria...
Tidak lah jiwa kacau seperti sekarang...
Tidaklah hari² ku mengeluh semata...
~sigh~

Phew~

Sekian~

Who am I?

Aku...
Seorang yang simple + easy going + mudah...
Namun...Terkadang akan jadi cerewet + fussy...Eh! Jangan risau. Sebab bahagian yang itu hanya 20%. Maka dapat disimpulkan yang Cik Pea neh simple (meaning that tak banyak songeh la).

Phew~
Susah taw nak handle orang yang cerewet (banyak songeh) neh. Kalau salah handle, maka akan dapat pahala free la kita (kene maki la tu). Fuh! Tapi tu la... At least kita dapat pahala ye x... Sbb sedar diri ni tak banyak pahala, maka Cik Pea tenangkan diri bila di maki.

Aku...
Garang? Phew~ Ada kawan Cik Pea gelak bila cakap kat diorang yang Cik Pea ni garang. Xgarang ke Cik Pea ni? Hey! Memang ada yang takut dengan Cik Pea oke. Diorang kata Cik Pea garang + mulut laser bila marah. (Mmg kenyataan) Phew~

Tak bleh nak ubah. Sbb kalau ubah, maka Cik Pea akan menjadi lebih pendiam dari sekarang ni. Yup! Memang Cik Pea pendiam. Kenapa pendiam? Cik Pea rasa orang tak heran pon dengan apa yang Cik Pea cakap. They don't care! Itu yang Cik Pea rasa yang buat jadi pendiam. Dan lagi sbb, Cik Pea tak suka bercakap bila orang tak pay attention. Cik Pea akan berhenti bercakap bila orang tu buat benda lain semasa Cik Pea bercerita dan tak akan sambung sampailah rasa ada mood nak bercerita balek. Plus, Cik Pea tak akan bercakap bila rasa tak perlu. Nak kurangkan dosa. Konon! ;p

Namun, seseorang menasihati Cik Pea supaya belajar "bercakap". Yerp! Katanya, "It's not too late to learn to 'talk'...Abaikan apa orang rasa. At least da ckp apa yg nak dicakap & orang tau apa yg di pk..." And... I'm learning now...I guess... Phew~ Slow² k dear...

Aku...
Sagitarian. Yup! Ini lah karekter Sagitarian :-
- Energetic & active personality (Depends...)
- Want to know everything and everyone (Bukan busybody oke)
- Optimistic, faithful & honest (Yup!)
- Other people often share their problems with Sagitarians to seek help and understanding (True! Di akui oleh ramai kawan Cik Pea oke)
- Can be rebellious (sometimes) & can quickly calm down & return to their ordinary nature.

Phew~
Sekian~

Saket Cantik


Gambar ini hanya hiasan semata. (Sbb cantik)

Hari ni 1st time Cik Pea p keje pakai high heels. Yup! Kasut tumit tinggi itu. Masa pakai tu terasa cambest la. But then balek dari keje satu je yg leh disebut lepas tanggal high heels tu dari kaki : "Sakit!".

Pergh... Seyes saket. Melecet la gak kaki. Itu bukan kasut baru. Pelik gak nape leh melecet lak. Mebi sbb dah lama sgt tak pakai high heels tu maka heels tersebut ingin membalas dendam dengan melecetkan kaki Cik Pea. Phew~ Who knows kan?

Cik Pea tengok girls yg pakai high heels nmpk best je. Tp sebenarnya saket taw. Erm.. Tgk pada kasut gak la. Tak semuanya mendatangkan kemelecetan. Even tak melecet pon. Tetap saket. Lenguh! But still...Cik Pea akan pakai high heels lagi ke office!Huhu..

Teringat Cik Pea pada pepatah yg mengatakan "Orang sanggup saket untuk cantik." Phew~ Mmg di akui itu. Contoh paling senang...Orang sanggup kuar masuk toilet semata² nak kurus! (Disebabkan makan ubat kurus.) Ada lagi satu contoh...Sanggup muntahkan balek apa yg dimakan semata² tanak nampak gemuk! Itu namanya anoreksia.

Hey! Cik Pea tak termasuk dalam golongan tu oke. Cik Pea tak terdesak untuk menjadi seperti itu. Cik Pea kurus sbb MALAS nak makan. Tu je reason. Kenapa malas nak makan? Sbbnya tak ada pendorong untuk makan. Sanggup lapar beb! Ntah. Tension gak bila ada orang membebel sbb Cik Pea terlalu kurus. But then nak wat cane. Tolonglah carikan satu pendorong untuk Cik Pea ada selera untuk makan. Phew~

Sekian~