Friday, March 27, 2009

Zionis kah?

Salam...
Pea nak utarakan isu boikot makanan segera keluaran negara barat. Antara makanan segera keluaran barat ni: McDonald, KFC, Pizza Hut, Burger King, dan yang sama waktu dengannya(sebenarnya Pea blur nak letak nama brand apa lagik). Lgpon, nama² brand ni adalah yg famous kat sini.

Ok... Skang ni, isu peperangan di Gaza masih belum reda walaupun dah agak kurang di media (tak mcm dulu...hari² ada beritanya), but still kita masih lagi memboikot barangan dan makanan segera dari negara barat.

Tp yg Pea nmpk skang ni...Orang nak memboikot dah berkurangan. Well, terpulang pada hak masing² kan... Same la mcm Pea... Bila rasa nk masuk kedai² yg Pea nyatakan tadi tu terasa mcm kejam lak kat rakyat negara belah sana. Tp bila tetiba ada yang belanja makanan brand begitu takkan nak tolak kan...? Kan ada pepatah rezeki jgn ditolak. Musuh jgn dicari. nGEeee!

Pea ada denga cerita kawan² yang mengatakan ada McDonald(cawangan mana Pea tak ingat) letak banner kat luar kedai mengatakan mereka takde kene mengena ngan apa yang diwar²kan. (Kiranya takde kene mengene ngan pembelian senjata bg pihak amerika la tu).. Huhuhu... Skang ni pon da byk offer² kat kedai² makan mcm tu. Kira mampu tuk makan hari² la kat kedai tu. (Marketing planning. Fuh!)

Ntah la... Pendapat orang laen². Orang pon ada hak masing². So, terpulanglah. Jgn la pandang serong pada orang yg makan kat kedai². Tak baik pandang negatif pada orang. Huhu...

Tuesday, March 24, 2009

Chenta Pengangkutan Awam Malaysia!

nGeh!
Yerp.... Mmg chenta sama pengangkutan awam (PA) kat malaysia ni... sbb most of the time I use public transportation. The reason I use the PA are:-

1st - easy.
2nd - save a lot of time. (But hey...It only save ur time when the transport is on time)
3rd - cheaper than using own transportation. (If I have my own car, I wont drive it to work. Becoz I have to pay for the parking, and also for the petrol. But if I use bus, I only pay RM1 for the whole day!)

Tp...yg buat Pea geram ngan PA neh adalah bila selalu tak ikut masa. Kadang cepat dan kadang amat lah lambat. Kadang bila lambat tuh sampai berderet² PA nyer. (As for me the bus lah.) Pea amat suka kalau dapat naik bas dengan pemandu bas yg berhemah. Sbb mereka ni memikirkan penumpang. Amat salute pada mereka. Wink! Oke. Itu adalah berkenaan dgn PA.

Skang cite pasal penumpang lak.Huh! Angin tul kalau penumpang tuh tade perasaan bertimbang rasa. Even sedikit pon. Phew~ Kadang tuh nak naek bas, dah beratur dah, but then Pea ditolak! Huh! Oke fine u can tolak² me. Its ok. Phew~ After Pea kene tolak of coz la muka tak manis kan? Huhu... Gasak situ... Sapa suh maen tolak²? Ingat nak naek bas p sekolah ke apa.
Lagi satu hal ngan penumpang yg tak reti nak masuk ke dalam sket even dah kene marah² ngan pemandu bas or penumpang laen. Ceh... Orang laen pon nak naek gak, so sila la bertimbang rasa. Pelik betul Pea apsal la mereka ni tak bertimbang rasa padahal byr tiket bas sama je harganya. Fuh~

Ok lah. Cukup lah membebel pasal ni. Wat muak je rasa... Fuh~ Apa² pon...Cintailah pengangkutan awam yea...
;'p

Sekian~

Nota kaki: Maaf lah bercampur² bahasa. ;')

Friday, March 20, 2009

Bukan minah bunga oke!

Salam...

Semalam berborak dengan kawan baru tentang nama sweetpea. Macam² yang dia tanya. But then pea malas nak jawab, pea suh dia tanya pakcik Google je. Maka dia pon browse dan jumpa la mcm² info ttg sweetpea ni. Dan kemudian tawu la dia. Erm...Lupa plak nak tanya apa makna nama dia. Haish tak aci neh. Harus ditanya ni. Fuh~

Berbalik semula pada cerita td. Meh Pea cerita serba sedikit asal usul nama sweetpea neh. Ceritanya bermula masa pea nak carik satu nama tuk nickname untuk berchatting. (Ehem! Masa tuh baru abis blaja and tgh gila nak berchatting. Harap maklum sbb kebanyakkan orang begitu oke. ;p) Masa tuh mmg takde idea nak guna nama apa. But then berborak ngan pakcik Google ttg nama bunga. Browse punya browse punya browse maka terberkenan lak ngan satu bunga ni. Then tgk nama dia cam best lak. And rasa² cam sesuai je ngan tuan punye badan. (Ngeh!) Maka nama itu pon digunakan lah sampai sekarang. Dah dalam 4 - 5 tahun rasanya guna nama ni. Pea sediakan serba sedikit maklumat ttg bunga sweetpea tu k.

Sweetpea - a flowering plant in the genus Lathyrus in the family Fabaceae (legumes), native to the eastern Mediterranean region from Sicily east to Crete. It is an annual climbing plant, growing to a height of 1-2 m where suitable support is available. The leaves are pinnate with two leaflets and a terminal tendril, this twining round supporting plants to help it climb. The flowers are purple, 2-3.5 cm broad, in the wild plant, larger and very variable in colour in the many cultivars. Unlike most peas, the seeds of the sweet pea are poisonous as they contain several toxins that prevent the cross linking of collagen by inhibiting lysyl oxidase. Because of these toxins, ingestion of sweet peas by humans or livestock may lead to a disease known as odoratism, or sweet pea lathyrism. Symptoms are similar to those of scurvy and copper deficiency, which share the common feature of inhibiting proper formation of collagen fibrils. (Taken from wikipedia.)

Oke. Itu makna dan asal usul sweetpea. Lepas ni personaliti yg diwakili oleh orang yg minat ngan bunga sweetpea ni.

Common name : Sweetpea
Meaning : Delicate pleasure

(Taken from http://www.flowerparade.ca )


Tuesday, March 17, 2009

Hey~

Hey kamu...
Mana kamu menghilang...?
Kadang² ku keliru sama ada kamu benar² wujud... Atau kamu hanya sekadar imaginasi ku...
Mana mungkin kamu sekadar imaginasi...
Bukti yang menunjukkan kamu wujud ada pada ku...
Namun jika benar kamu wujud...
Dimana lah kamu...?
Amat payah untuk ku menjejak kamu...

Payah?
Barangkali aku tidak berusaha bersungguh...
Ya!
Memang aku tidak berusaha!
Aku sekadar menanti...
Menanti dan terus menanti...
Namun sampai bila...?
Aku pun tak pasti sampai bila...
Namun satu yang aku pasti...
Aku penanti yang setia...
~sigh~

Hey kamu...
Tolonglah menjelma...
Aku merayu...
Kerna jika kamu menjelma...
Hari² ku akan menjadi lebih ceria...
Tidak lah jiwa kacau seperti sekarang...
Tidaklah hari² ku mengeluh semata...
~sigh~

Phew~

Sekian~

Who am I?

Aku...
Seorang yang simple + easy going + mudah...
Namun...Terkadang akan jadi cerewet + fussy...Eh! Jangan risau. Sebab bahagian yang itu hanya 20%. Maka dapat disimpulkan yang Cik Pea neh simple (meaning that tak banyak songeh la).

Phew~
Susah taw nak handle orang yang cerewet (banyak songeh) neh. Kalau salah handle, maka akan dapat pahala free la kita (kene maki la tu). Fuh! Tapi tu la... At least kita dapat pahala ye x... Sbb sedar diri ni tak banyak pahala, maka Cik Pea tenangkan diri bila di maki.

Aku...
Garang? Phew~ Ada kawan Cik Pea gelak bila cakap kat diorang yang Cik Pea ni garang. Xgarang ke Cik Pea ni? Hey! Memang ada yang takut dengan Cik Pea oke. Diorang kata Cik Pea garang + mulut laser bila marah. (Mmg kenyataan) Phew~

Tak bleh nak ubah. Sbb kalau ubah, maka Cik Pea akan menjadi lebih pendiam dari sekarang ni. Yup! Memang Cik Pea pendiam. Kenapa pendiam? Cik Pea rasa orang tak heran pon dengan apa yang Cik Pea cakap. They don't care! Itu yang Cik Pea rasa yang buat jadi pendiam. Dan lagi sbb, Cik Pea tak suka bercakap bila orang tak pay attention. Cik Pea akan berhenti bercakap bila orang tu buat benda lain semasa Cik Pea bercerita dan tak akan sambung sampailah rasa ada mood nak bercerita balek. Plus, Cik Pea tak akan bercakap bila rasa tak perlu. Nak kurangkan dosa. Konon! ;p

Namun, seseorang menasihati Cik Pea supaya belajar "bercakap". Yerp! Katanya, "It's not too late to learn to 'talk'...Abaikan apa orang rasa. At least da ckp apa yg nak dicakap & orang tau apa yg di pk..." And... I'm learning now...I guess... Phew~ Slow² k dear...

Aku...
Sagitarian. Yup! Ini lah karekter Sagitarian :-
- Energetic & active personality (Depends...)
- Want to know everything and everyone (Bukan busybody oke)
- Optimistic, faithful & honest (Yup!)
- Other people often share their problems with Sagitarians to seek help and understanding (True! Di akui oleh ramai kawan Cik Pea oke)
- Can be rebellious (sometimes) & can quickly calm down & return to their ordinary nature.

Phew~
Sekian~

Saket Cantik


Gambar ini hanya hiasan semata. (Sbb cantik)

Hari ni 1st time Cik Pea p keje pakai high heels. Yup! Kasut tumit tinggi itu. Masa pakai tu terasa cambest la. But then balek dari keje satu je yg leh disebut lepas tanggal high heels tu dari kaki : "Sakit!".

Pergh... Seyes saket. Melecet la gak kaki. Itu bukan kasut baru. Pelik gak nape leh melecet lak. Mebi sbb dah lama sgt tak pakai high heels tu maka heels tersebut ingin membalas dendam dengan melecetkan kaki Cik Pea. Phew~ Who knows kan?

Cik Pea tengok girls yg pakai high heels nmpk best je. Tp sebenarnya saket taw. Erm.. Tgk pada kasut gak la. Tak semuanya mendatangkan kemelecetan. Even tak melecet pon. Tetap saket. Lenguh! But still...Cik Pea akan pakai high heels lagi ke office!Huhu..

Teringat Cik Pea pada pepatah yg mengatakan "Orang sanggup saket untuk cantik." Phew~ Mmg di akui itu. Contoh paling senang...Orang sanggup kuar masuk toilet semata² nak kurus! (Disebabkan makan ubat kurus.) Ada lagi satu contoh...Sanggup muntahkan balek apa yg dimakan semata² tanak nampak gemuk! Itu namanya anoreksia.

Hey! Cik Pea tak termasuk dalam golongan tu oke. Cik Pea tak terdesak untuk menjadi seperti itu. Cik Pea kurus sbb MALAS nak makan. Tu je reason. Kenapa malas nak makan? Sbbnya tak ada pendorong untuk makan. Sanggup lapar beb! Ntah. Tension gak bila ada orang membebel sbb Cik Pea terlalu kurus. But then nak wat cane. Tolonglah carikan satu pendorong untuk Cik Pea ada selera untuk makan. Phew~

Sekian~