Monday, May 18, 2009

Live dari Penang (Edisi ke2)

Salam...

Ada edisi eyh...? Cam best je kan.. Hiks... Ye la.. Sementara masih di Penang, boleh la gunakan edisi sbb peristiwa ni berlaku semasa Pea masih berada di Penang.

Semalam, 17 Mei 2009, 6pm, Jusco AEON Seberang Prai - Tengah Pea berjalan² melihat² barang(window shopping), Pea terdengar seorang ibu memanggil nama anaknya. Muka dia kelihatan takut sambil menangis. Dia kehilangan anaknya! Pea dapat agak dari cara dia memanggil dan mencari. Dia kelihatan gelabah. Mana tak gelabah. Anak hilang beb! Pea tataw apa kesudahan cerita dia. Sbb Pea bukan jenis orang yg suka sibuk² hal orang lain. Apa yg Pea nmpk, guard setakat tengok. Tataw la kenapa. Mebi sbb mereka pon tergamam melihat si ibu tu begitu. Pea sendiri tergamam melihat dia gelabah sambil menangis.

Actually, sampai hari ni masih terasa perasaan tergamam tuh. Sbb, cuba bayangkan jadik kat diri sendiri. Mesti gelabah gila la. Dan mesti sedih gila. Ishk... Jgn la jadik perkara tu kat Pea atau kat semua kenalan Pea. Minta dijauhkan la.

Perkara ni berlaku sbb kelalaian dan kecuaian kita jugak sebenarnya. 1st, kita dok ralit ngan benda lain sampai kita terlupa yg kita sebenarnya membawa anak atau adik bersama². 2nd, kita dah pesan kat anak atau adik supaya duk diam dan jgn pergi ke tempat lain, dok ngan kita saja. Tp korang sedar tak yg kanak² ni mana reti nak duk diam. Dia mesti akan ke tempat lain kalau dia nmpk sesuatu yg menarik perhatian dia. Oleh itu, keep ur eye on them! Sbb bila dah jadi mcm ibu yg Pea jumpa smlm tu, sapa nak jawab? Sapa nak tolong kalau anak tu tak dijumpai?

Yerp. Bercakap mmg senang. Buat pon senang je sebenarnya. If u really love them, u will not let them go alone anywhere... Atau korang takkan lepaskan tangan anak² tu. Just letak je dlm troli. Atau...Tak payah bawak. Duk umah je. Abis cite. Hmm... Sori la kalau ada sapa² tersinggung. Tp benda ni kan ke dah diberi peringatan. Dalam TV ada. Radio ada. Surat khabar pon ada. Then, nak salahkan sapa lagi kalau jadik peristiwa yang tak di ingini tu?

Orait la... Done for now...
Wassalam...

Thursday, May 14, 2009

Live dari Bukit Mertajam


Salam....
Setelah 5 hari berada di sini, barulah Pea ada masa untuk post entry dalam blog ni. Phew! Sibuk dan penat sgt². Ni pon keje berlambak lagi. Mana tak nya...Sambung kerja orang laen yang terbengkalai, mestilah berlambak kerja. Tp hopefully $ dalam akaun bulan ni pon berlambak la gak. Erm.. Nak tanya pasal elaun atau gaji kat bos segan plak. Ishk... Pea selalu dimarahi oarng² terdekat sbb segan nak tanya pasal gaji kat bos. Eh eh... Tataw ka I ni pemalu... Huhu...Tp apa pon mmg nak kena tanya kat bos neh.
Haish~ Cheq pon da jadik orang Penang la dok kat sini... nGEhehe... Huish... Best dok sini. Seb bek oghang kat sini bebaik semua. (Setakat ni la.) :") Harapnya sampai Pea abis keja kat sini la depa semua ni bebaek ngan Pea... Amin~ Tp tu la... Nak carik tpt makan best pon tak berkesempatan lagi... Nnt ajak oghang Penang carik tpt makan best. Bila tanya kat student, semua suggest byk tpt. Tp cheq tataw jalan. Nak bawak depa masalah pulak nnt. Xpa...Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Ya dak...? Huhu...

Suasana luar IKBN BM


Orait la... Nak sambung wat keja...

p/s: Ujie : Chicken Rice Shop kat sini tak best la plak... Buat Pea tak rasa angau nak makan kat restoran tuh lagi... Huhu...
Wish I have my own camera... Phew~

Adios~

Saturday, May 2, 2009

Jom ber'movie marathon'!

Salam...

Semalam adalah hari 'Public holiday'. Maka Pea pon ber'public holiday' gak la. So, plan smlm telan dirancang beberapa hari sebelum hari semalam. Plannya adalah menonton wayang. Mcm biasa je kan...? Tp kali ni nak wat yg lebih dari biasa. Pea ber'movie marathon' bersama Ujie (anda maken comel jie.) ;') Ya...Ya..Saya maken kurus. Apa nak buat...Huhu...

So, seawal jam 9pg Pea dah menunggu kedatangan bas untuk ke Mid Valley. (Punya semangat nak ber'movie marathon'!.) Maka awal la sampainya kat Mid Valley. Masa beli tiket tu rasa mcm pelik plak sbb tgk apsal tak ramai orang ni. Owh...Rupanya masa tu awal lagik. Baru kul 10pg rasanya. (Mcm jakun sket sbb tak penah p tonton wayang seawal pagi itu! Huhu...)

Cerita yg ditonton adalah cerita X-Men Origins: Wolverine dan juga He's Just Not That Into You (tersasul gak la lidah nak menyebut title movie ni masa nak beli tiket. Agak termalu la gak sekejap). Owh! Kedua² cerita adalah sangat best! Walaupun ending cerita pertama agak kurang best tp the whole story is still best. Cerita yg kedua plak agak slow dan menyebabkan beberapa penonton keluar dari panggung. (Hey! Still best taw cite dia.) Pea baru taw (setelah dicerita oleh Ujie) yg cerita kedua adalah diadaptasi dari novel dengan tajuk yg sama. Itu keadaan biasa bg pembikin cerita di sana.


Owh! Saya suka cerita ini!


Ini versi novel


Ini versi filem nya.

Selepas habis ber'movie marathon', kami ke bahagian bawah Mid Valley untuk menjamu selera. Habis semua restoran kami jenguk² akhirnya Chicken Rice Shop menarik minat kami untuk makan untuk kali kedua (makan kali pertama adalah sebelum menonton wayang). Owh! Jie! Saya dah jatuh chenta sama makanan di situ! Mcm terangau² je. Almaklum la...1st time. Sadis! Huhu...

By the way, sonok tau aktiviti ber'movie marathon' ni. Walaupun agak beku sbb tak bawak sweater(dan jual mahal atas pelawaan Ujie tuk berkongsi selimut). Tp still sonok sbb terlari² untuk ke panggung seterusnya sbb takut tak sempat. Hehe... Eh jie... Jom ber'movie marathon' lagik! 3 movie plak... Amacam? Ehee...