Thursday, November 22, 2012

The Knowledge + Student

Salam,


Saya nak kongsi cerita yang disampaikan oleh lecturer saya pada minggu lepas. Agak menarik dan ada benarnya cerita beliau sehingga saya merasakan mampukah saya untuk berbuat demikian. InsyaAllah boleh kalau saya pertingkatkan lagi usaha dan semangat agar tidak luntur dan kemudian akan menyebabkan fikiran negatif berlegar-legar untuk membuatkan saya patah semangat. Harapnya tidak akan patah semangat. 

Cerita yang disampaikan oleh beliau adalah seperti berikut: 

Pelajar undergrad - pensyarah akan menyediakan BUAH (the knowledge) dan mengupas buah tersebut untuk mereka (explore the knowledge for them/teach them about the knowledge). Mereka hanya perlu mengambil dan menyuapkan isi buah tersebut ke dalam mulut. Isi buah tersebut sudah pasti sedap kerana pensyarah sudah memilih buah yang terbaik untuk mereka. Walau bagaimanapun, terdapat di antara mereka yang sangat pemalas dan perlu disuap (spoon feed). Pelajar-pelajar begini agak sukar untuk survive pada tahap yang cemerlang di peringkat universiti.

Pelajar master - pensyarah akan menyediakan BUAH (the knowledge) untuk mereka. Terpulang pada mereka untuk menggunakan apa saja kaedah untuk mengupas buah tersebut (up to you to decide the technique of exploring the knowledge - by doing research etc). Seterusnya mereka sendiri yang akan menyuapkan isi buah tersebut ke dalam mulut mereka sehingga kenyang. Pensyarah akan membantu sekiranya isi berkenaan rosak atau kurang sedap untuk dimakan. Mungkin isinya rosak atau kurang sedap kerana teknik mengupas buah tersebut yang kurang mantap.

Pelajar PhD - mereka sendiri yang akan menyediakan/mencari buah pengetahuan. Mereka sendiri yang akan mengupas buah tersebut dan menyuapkan ke dalam mulut. Jika isinya tidak sedap, maka gagallah pengajian PhDnya. Jika isinya sedap, maka dikongsikan isinya itu kepada orang lain dan pelajar tersebut akan diberikan pengiktirafan kerana berjaya melahirkan buah pengetahuan yang baharu untuk masyarakat sekitarnya.

Fikir-fikirkan.


No comments:

Post a Comment

Thanks for the comment.